ARTIKEL

Rosalinda Busrah wakil Borneo MRS Petite Global Antarabangsa 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MEMBERI kesedaran kepada masyarakat tentang kesihatan mental, emosi serta gangguan seksual di tempat kerja dalam kalangan wanita – itulah advokasi Mrs Petite Global Borneo 2023, Rosalinda Busrah, 42, wakil Borneo di pentas ratu cantik antarabangsa di Kuala Lumpur pada Januari 2024. 

Menurut Rosalinda yang lebih mesra dengan nama Rosa, dia mahu mendidik orang ramai tentang kesedaran gangguan seksual.

“Menurut statistik, sebanyak 75 peratus kes gangguan seksual berlaku di tempat kerja, namun tidak dilaporkan. 

“Saya berasa sebak kerana Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ada menyebut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan pelantikan anggota tribunal berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840).

“Ia berita baik bagi para wanita, penubuhan tribunal itu menyediakan platform alternatif bagi menambah baik sistem perundangan dan pengendalian aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dengan kos minimum,” ujarnya. 

Menariknya, usahawan kelahiran Kuching ini berentap dengan ratu cantik dari pelbagai negara seperti Filipina, India dan Jepun.

INSPIRASI WANITA

Justeru, Rosalinda berharap agar penyertaannya dalam pertandingan Mrs Petite Global mampu memberi inspirasi kepada wanita lain agar lebih maju, berjaya dan berani melangkah mencapai impian.

“Kejayaan setiap wanita perlu dijadikan inspirasi kepada wanita yang lain dan kita perlu menyokong satu sama lain terutama kepada ibu tunggal untuk mereka bangkit, lebih percaya diri dan mencintai diri sendiri,” katanya kepada Suara Sarawak.

Dengan membawa nama Borneo ke pentas Mrs Petite Global, Rosalinda juga menyatakan niat beliau mempromosikan budaya Borneo terutama Sarawak ke pentas antarabangsa. 

“Saya berharap agar seluruh warga Malaysia mendoakan kejayaan saya di pentas ratu cantik tersebut untuk mengharumkan nama Malaysia (Borneo),” ujarnya dengan penuh harapan.

Dalam pada itu, minat mendalam Rosalinda dalam bidang kecantikan bermula sejak menuntut di universiti. 

“Bagi membuang perasaan malu, saya mencabar diri untuk menyertai aktiviti drama pementasan dan ia berjaya diatasi ketika menyertai pertandingan dewi remaja.

“Ia terapi semula jadi untuk menjadikan jiwa lebih tenang dan mengubah kesakitan kepada keindahan di pentas,” ujarnya.

Wanita berketinggian 164 sentimeter ini berharap dapat memberi galakan dan dorongan kepada wanita di luar sana tanpa mengira umur dan latar belakang untuk menyertai pertandingan ratu cantik. 

Katanya, ia dapat menjadi perangsang bagi berdepan masalah emosi dengan menujukkan bakat di pentas ratu cantik.

Justeru, dia berharap usaha murni ini mendapat sokongan semua pihak dan mengurangkan stigma tentang kesihatan mental. Impian Rosalinda adalah untuk menjadi wanita yang lebih bertanggungjawab kepada keluarga terutama kepada ibu bapa.

“Impian untuk membalas jasa ibu bapa, membawa ke umrah dan haji serta menyediakan sebuah rumah untuk mereka. 

“Doa insan tercinta inilah menjadikan saya wanita yang sentiasa kuat, walaupun berkali-kali gagal dan mampu untuk bangkit semula,” jelas Rosalinda. 

Mengulas sumbangannya kepada masyarakat Sarawak, dedah Rosalinda dia pernah menyediakan tempat beriadah di Pantai Tenang Lundu untuk Pusat Tahfi z Hidayatul Mubtadi-ien, Jalan Datuk Ajibah Abol, Kuching dan Rumah Kebajikan Anakanak Yatim Laila Taib, Jalan Sultan Tengah, petra Jaya Kuching.

PERANAN

Rosalinda yakin wanita tidak hanya berperanan dalam menguruskan rumah tangga, malah mampu memartabatkan bangsa dan menjadi aset penting negara. 

Ujarnya peningkatan sumbangan aktif dan pencapaian wanita dalam sektor pekerjaan memberi impak ke atas perkembangan ekonomi dan pembangunan negara. 

Sebagai tanda sokongan kepada Rosa, boleh layari Facebook dan Instagram Mrs Petite Global untuk mengikuti perkembangan terkini. 

“Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada keluarga, Nickson Sim dan Mrs Global Asian 2023, Kimi Tomas yang banyak memberi sokongan dan dorongan utama saya dalam bidang ratu cantik,” ujarnya.

Untuk pengetahuan, Mrs Petite Global ialah pertandingan ratu cantik bertaraf antarabangsa untuk wanita berkahwin atau ibu tunggal dengan ketinggian bawah 168 sentimeter — diasas oleh Nickson Sim (Tiara Management).

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah