Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Rover peneroka pertama berjaya mendarat di Marikh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BEIJING: Rover peneroka China, Zhurong mendarat di Marikh pada awal pagi ini, lapor media tempatan.

Kejayaan itu merancakkan lagi cita-cita penerokaan ruang angkasa oleh Beijing dan bakal mencatat sejarah buat negara itu dalam misi pertama ke planet berkenaan.

Pendarat yang membawa Zhurong selepas menempuhi perjalanan berbahaya melalui atmosfera planet itu menggunakan payung terjun sebelum berjaya mendarat di atas dataran lava utara yang luas, dikenali sebagai Utopia Planitia.

Menurut laporan stesen penyiaran tempatan CCTV, misi berjaya mendarat di kawasan terpilih.

Agensi berita rasmi Xinhua yang memetik kenyataan Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA) mengesahkan pendaratan itu.

Dengan kejayaan itu, ia menjadikan China sebagai negara pertama berjaya melakukan operasi mengorbit, pendaratan dan penerokaan ketika misi pertama negara itu ke Marikh, prestasi yang tidak dapat ditandingi Amerika Syarikat (AS) dan Russia dalam menjejaki Planet Merah.

Zhurong yang namanya diambil sempena nama dewa api mitos China, tiba beberapa bulan selepas kenderaan robotik dilancarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) mendarat di Marikh.

Ia dianggap satu perlumbaan teknologi membabitkan dua kuasa besar dunia di luar ‘wilayah’ bumi.

Zhurong dilengkapi enam roda, bertenaga solar dan mempunyai berat sekitar 240 kilogram (kg).

Rover peneroka milik China itu sedang berusaha mengumpul dan menganalisis sampel batu dari permukaan Marikh.

Operasi itu dijangka berlangsung sekitar tiga bulan.

Pada Julai tahun lalu, kapal angkasa Tianwen-1 milik China dilancarkan dengan membawa rover peneroka Zhurong.

Kapal angkasa itu memasuki ruang orbit Marikh pada Februari lalu.

Proses pendaratan rumit yang digelar ‘tujuh minit menggentarkan’ adalah kerana ia berlaku lebih cepat berbanding isyarat radio, dari bumi ke Marikh.

Ia juga membawa maksud komunikasi terbatas. Sebelum ini, terdapat beberapa percubaan daripada AS, Russia dan Eropah untuk mendarat di permukaan Marikh namun gagal.

Terbaharu adalah pada 2016 membabitkan kapal angkasa dibangunkan Russia-Eropah bernama Schiaparelli yang terhempas ketika pendaratan. – AFP

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru