ARTIKEL

Juara Bintang RTM 2024 Roxy Ixzy (tengah) bersama naib juara Dhania (kanan) dan tempat ketiga Hady Huv (kiri) pada Konsert Akhir Bintang RTM di Auditorium Seri Angkasa Kota Media Kuala Lumpur semalam.

Roxy Ixzy dinobat Juara Bintang RTM 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Berkat keunikan suara yang lunak dan merdu ketika mendendangkan lagu ‘A Woman’s Worth’ (Alicia Keys) melayakkan Roxy Ixzy dinobatkan sebagai Juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan itu di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri di sini semalam.

Roxy Ixzy membawa pulang wang tunai RM78,000, jumlah simbolik kepada ulang tahun RTM yang ke-78 pada tahun ini, selain sebuah kereta Proton Iriz.

Naib juara, Dhania, dan pemenang tempat ketiga, Hady Huv, masing-masing membawa pulang wang tunai RM35,000 dan RM20,000. 

Tempat keempat hingga keenam menerima RM5,000 manakala Bintang Paling Popular, Jon, yang memperoleh 75,000 “likes”, membawa pulang wang tunai RM10,000.

Hadiah-hadiah semalam ditaja oleh syarikat NesQ Resources Sdn Bhd, DRB Hicom, Royal Chulan Hotels & Resorts dan D&D Beauty House.

Dihoskan oleh pengacara tetap Bintang RTM 2024, Awal Ashaari dan Sissy Iman, pertandingan akhir itu menyaksikan Roxy Ixzy, Eylia Guntabid, Dhania, Hady Huv, Feka dan Joy mempamerkan kehebatan vokal masing-masing untuk diadili juri tetap yang dianggotai Datuk Syafinaz Selamat, LY dan Ernie Zakri selain Aina Abdul sebagai juri jemputan.

Pertandingan pencarian bakat Bintang RTM 2024 kembali tahun ini selepas lima tahun direhatkan. 

Selama 50 tahun bertahan sejak 1973, pertandingan itu meneruskan legasi mencari dan mencungkil bakat dalam bidang nyanyian dengan memperkenalkan 14 peserta terbaik seluruh negara.

Seramai 14 bakat muda terbaik dipilih oleh pihak penerbitan Bintang RTM 2024 dan mereka terdiri daripada peserta berusia antara 15 hingga 25 tahun. – BERNAMA

BERITA LAIN

Jelajah Hye-ppiness Kim Hye Yoon

AKTRES Korea Selatan, Kim Hye Yoon, mengadakan pertemuan peminat bertajuk Hye-ppiness. Pertemuan peminat itu dirancang bermula di Korea Selatan pada Julai. Malangnya, hanya ada satu

CHE TA puji pakaian AAISYAH

BARU-BARU INI, tular satu video dimuat naik di TikTok milik Che Ta yang memuji anak perempuannya, Aaisyah memakai khimar. Menerusi video tersebut, Che Ta memberitahu

SEUNG GI terima tempias

PELAKON dan penyanyi, Lee Seung Gi menerima tempias akibat perbuatan bapa mentuanya yang dituduh atas kesalahan memanipulasi harga saham. Seung Hi minta meninggalkan dunia seni

BERITA TERBARU