PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Roy fokus pembangunan Lubok Antu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Roy Angau Gingkoi
Roy Angau Gingkoi

KUCHING: Ketinggalan pembangunan di kawasan Lubok Antu khususnya Engkelili akan menjadi keutamaan Roy Angau Gingkoi sebaik diangkat sebagai Ahli Parlimen Lubok Antu.

Menurutnya, ia selaras dengan jaminan semasa kempen lalu yang mahu pembangunan infrastruktur di beberapa kawasan di Parlimen Lubok untuk dilaksanakan.

“Ini antara perkara utama akan dilakukan, seperti dalam ucapan saya sebelum ini sudah tentu pembangunan infrastruktur di beberapa kawasan di Lubok Antu.

“Sebagai contoh di Engkelili yang masih banyak ketinggalan disebabkan projek yang dibatalkan.

“Jadi kita akan teruskan selepas ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Sabtu malam.

Keputusan rasmi Parlimen Lubok Antu menyaksikan Roy menang dengan majoriti 100 undian selepas memperoleh 6,644 undi menewaskan tiga pencabar lain.

Antaranya Johnical Rayong Ngipa (PSB), Jugah Muyang (PN) dan Langga Lias (PH).

Dalam pada itu beliau menzahirkan penghargaan kepada pengundi di Parlimen Lubok Antu kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk berbakti kepada kawasan tersebut.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan