NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Royston: Turun awal mengundi, jangan undi di saat akhir #PRU15

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Rosyton Valentine
Rosyton Valentine

MUKAH : “Turunlah awal ke pusat mengundi masing-masing, jangan tunggu pada saat akhir.

Itu antara nasihat Adun Tellian Royston Valentine kepada semua pengundi yang bakal mengundi pada 19 November 2022 dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada Sabtu ini.

Katanya buat pengundi yang pertama kali membuang undi mereka boleh turun bersama ibu bapa dan keluarga.

“Elakan kesesakan di pusat pengundian dengan mengikuti arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setibanya di pusat mengundi agar proses pengundian berjalan lancar,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tambahnya lagi semua pihak juga perlu terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) kesihatan bagi mengelakan penularan Covid-19 dalam kalangan pengundi.

“Sentiasa berjaga jaga dengan menggunakan pelitup muka, dan sentiasa menjaga jarak sepanjang berbaris dan di khalayak ramai.

“Sekiranya mengalami batuk, selsema, pakailah pelitup muka,” katanya lagi

Royston turut sama mengajak semua warga Mukah untuk turun menunaikan amanah dan tanggungjawab sebagai pemilih pada kali ini dalam menentukan kestabilan politik negara.

“Bantu ingatkan atau bawa bersama anak-anak, adik-beradik, ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan lain untuk turut turun mengundi,” jelasnya lagi.

Baca lain  Lebih 22 negara sertai Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa, Sarawak

Malah katanya demi menjamin Sarawak terus stabil, maju dan makmur, Royston berharap masyarakat Mukah dapat mengundi parti GPS yang diwakili oleh penyandang Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib.

“Undilah parti GPS demi menjamin kesejahteraan Sarawak

“Saya merayu dan mohon komitmen semua dalam perkara ini..Terima kasih.. Terima kasih.. Terima kasih..,” katanya lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru