ARTIKEL

Rozita Mohamed Baki

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Teratak Seorang Ibu

(Selamat Hari Ibu untuk seluruh ibu di dunia)

Hidupnya dinyalakan oleh 

tungku dan bara dapur

menanak segemal doa di subuh

dalam periuk berjelaga.

Keringat ayah tumpah

bersatu dengan nadi ibu

bergelumang dalam lumpur di bendang.

menumbuhkan setangkai nafkah

untuk membeli buku baca

dan biaya kakak di menara gading.

Hari ini

esok dan selamanya

teratak ini sentiasa berbau melur desa

wangi seperti putik sanggul ibu

kasihnya malar segar di laman

tanpa jemu mengucapkan cinta.

Pertanyaan Kepada Mama i

i

Mama 

antara hujan dan cahaya

tangan yang mana lebih dahulu 

menyemai pelangi?

lalu kenapa warnanya tujuh 

bukan tiga atau dua puluh empat?

ii

Anakku

langit tidak pernah mengadili 

siapa yang tumbuh

sebelum atau selepas 

usah terlalu berharap 

menikmati sesuatu yang besar

cukuplah setompok pelangi 

di bawah payung –

selalulah berasa cukup.

Pertanyaan Kepada Mama ii

Mama kenapa kita sering ke sini

melipat kapal kertas

lalu melihat ia berlalu pergi

tanpa menoleh lagi

Baca lain  SANGGAR PUISI

deras rajuknya dimamah arus?

Mama 

aku masih hairan lagi 

kenapa kau sering sembunyikan

air mata di sudut lipatan kertas

hingga basah seluruh senja kita?

ii

Anakku

hidup ini seperti kapal kertas

kadangkala kaubawa sepondong 

kehidupan terlepas dari perancangan

lalu ia mengalir di bawah takdir-Nya

basahkan doa dan tawakalmu

sesungguhnya Dia tidak pernah menoktah 

pelayaranmu di tempat yang salah.

24042023 

Raub, Pahang

Rozita Mohamed Baki, anak kelahiran Kuala Terengganu, kini mengajar di sekolah rendah di Pahang sebagai guru pemulihan.



Menggunakan nama pena Guru Kidal, minatnya menulis dan cuba menulis semua bentuk karya seperti cerpen, anekdot, pantun, syair gurindam dan puisi moden.



Rozita meminati puisi karya Zaen Kasturi dan T. Alias Taib.



Puisi moden kecenderungan utama penulis ini.



Imej pantai, laut, angin dan hujan merupakan imej kegemaran dalam banyak penceritaan puisinya.



Puisinya pernah tersiar di Utusan Borneo, Mingguan Malaysia, Tukang Puisi (Katapillar) dan Tunas Cipta.



Rozita pernah meraih naib johan Pertandingan Puisi Semarak Budaya anjuran Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negara selain menang beberapa Pertandingan Puisi Anjuran Kembara Sastera.



Karyanya pernah dimuat dalam antologi Suara Untuk Palestin, antologi Hujan Januari terjemahan ke bahasa Mandarin (2019), antologi Anak (terbitan 2021), antologi Puisi Islamik Mimbar Ramadan (Gema 2022), antologi Lukisan Puisi (Terbitan 2021).

Rozita Mohamed Baki, anak kelahiran Kuala Terengganu, kini mengajar di sekolah rendah di Pahang sebagai guru pemulihan. Menggunakan nama pena Guru Kidal, minatnya menulis dan cuba menulis semua bentuk karya seperti cerpen, anekdot, pantun, syair gurindam dan puisi moden. Rozita meminati puisi karya Zaen Kasturi dan T. Alias Taib. Puisi moden kecenderungan utama penulis ini. Imej pantai, laut, angin dan hujan merupakan imej kegemaran dalam banyak penceritaan puisinya. Puisinya pernah tersiar di Utusan Borneo, Mingguan Malaysia, Tukang Puisi (Katapillar) dan Tunas Cipta. Rozita pernah meraih naib johan Pertandingan Puisi Semarak Budaya anjuran Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negara selain menang beberapa Pertandingan Puisi Anjuran Kembara Sastera. Karyanya pernah dimuat dalam antologi Suara Untuk Palestin, antologi Hujan Januari terjemahan ke bahasa Mandarin (2019), antologi Anak (terbitan 2021), antologi Puisi Islamik Mimbar Ramadan (Gema 2022), antologi Lukisan Puisi (Terbitan 2021).

BERITA LAIN

Selamat tinggal, perempuan berambut putih

CLAYTON ROBERT bertugas Sebagai Pembantu Penguat Kuasa di Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak. Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia,

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

Kilau Ramadan

Saat siang datang mewarnai kelaparan Betapa kemiskinan kian tumbuh di ladang Kilau ramadan menyamar lentik kehampaan Haus dan lapar mendayung saling menghayati setelah siang menuntut

Sanggar Puisi

HARUMAN RAMADAN Hirupan mewangi akrab bersama alunan suci Rempah taqwa membalut diri Ujian menahan nafsu Sepurnama Ramadan hadir Maghfirah diburu insani Mawaddah iqra itulah penyeri

Oyeng dan lelaki berwajah Bonoba

AWANG JOHARI JULAIHI menggunakan nama pena: Johari A. Julaihi, berasal dari Simunjan dan menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,