
KUCHING: Pasukan RTD Midzone (JPJ Zon Tengah) melakar sejarah muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Pengarah JPJ Negeri Sarawak 2022.
Dengan rekod tanpa kalah selepas mengharungi tiga perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong hujung minggu lalu.
RTD Midzone berjaya mengatasi JPJ Zon Utara (4-1) pada aksi pertama.
Disusuli kemenangan (2-1) ketika menentang JPJ Zon Selatan, serta menutup saingan dengan penuh bergaya menerusi kemenangan selesa (6-4) ketika menentang JPJ Zon Barat.
Menurut pengurus pasukan Saiful Hanizam Suhaini, kejayaan tersebut cukup indah buat pihaknya.
“Syabas dan tahniah kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan skuad ini.
“Kerja keras mereka berjaya memastikan pasukan ini muncul juara,” ujarnya.
Menurut Saiful, tampak percaturan dilakukan ketua jurulatih, Safri Wasli menjadi. Malah berjaya memastikan pasukan ini menang kesemua tiga perlawanan.
Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan Pengarah JPJ Negeri Sarawak, Norizan Jili.
Kejohanan terbabit berlangsung selama tiga hari, bermula dari 1 hingga 3 Julai.