ARTIKEL

People ride their bicycle past the Rijksmuseum in Amsterdam, on April 4, 2024. (Photo by JOHN THYS / AFP)

Ruang letak kereta berharga setengah juta euro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

THE HAGUE: Perumahan berada pada tahap premium dan begitu juga tempat letak kereta di Belanda.

Untuk minggu ini, tempat letak kereta dijual pada harga hampir setengah juta euro, iaitu lebih daripada purata harga rumah.

Terletak di P.C. Hooftstraat di sebelah Vondelpark yang terkenal di Amsterdam, tempat letak kereta di ruang dalaman itu diiklankan pada harga 495,000 euro (AS$528,000) di laman sesawang hartanah Belanda, funda.nl.

“Kami menawarkan tempat letak kereta untuk dijual atau disewa di jalan beli-belah yang paling terkenal dan paling eksklusif di Belanda,” menurut iklan itu.

Ruang letak kereta itu juga terletak tidak jauh dari pusat tarikan utama seperti Muzium Van Gogh dan Rijksmuseum.

Penyiar komersial Belanda RTL Nieuws, yang pertama kali melaporkan cerita itu, memanggilnya sebagai ‘ruang letak kereta paling mahal di Belanda.

Ia menyatakan bahawa beratus-ratus tempat letak kereta dijual di Belanda tetapi harga khusus ini mencetuskan kejutan.

Bagi yang sanggup membayar harga sejumlah itu, ruang tertutup seluas 18 meter persegi itu hanya cukup untuk pemandu dan penumpang melangkah keluar.

Selain itu, tempat letak kereta itu juga ditawarkan sewaan pada harga 750 euro sebulan.

Ejen hartanahnya, Jeel Heule memberitahu RTL bahawa dia tidak bersetuju dengan mereka yang menganggap harga itu terlalu tinggi memandangkan kekurangan tempat letak kereta lain yang tersedia.

“Bagi orang ramai di kawasan kejiranan ini membeli tempat letak kereta adalah sebagai penyelesaian,” kata Heule.

Belanda merupakan salah satu negara paling padat penduduk di Eropah dengan 17.8 juta orang, menghadapi kekurangan perumahan yang teruk iaitu sekitar 390,000 rumah, menurut satu kajian barubaru ini.

BERITA LAIN

Ireland secara rasmi iktiraf Negara Palestin

DUBLIN: Ireland secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin dan menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mendengar suara masyarakat antarabangsa dan menghentikan malapetaka kemanusiaan di Semenanjung

Jepun mahu tubuhkan organisasi siasat kejadian UFO

TOKYO: Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau

BERITA TERBARU