ARTIKEL

A ship from Indonesia's National Search and Rescue Agency (BASARNAS) is anchored at the port on Tagulandang island in Sitaro, North Sulawesi on April 19, 2024, as the Mount Ruang volcano is seen in the background spewing smoke. (Photo by Ronny Adolof BUOL / AFP)

Ruang udara Sulawesi berbahaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan, menurut Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia.

Letusan itu yang bermula pada Selasa, menyebabkan penutupan sementara operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi di Manado pada Khamis, sekitar 95 kilometer dari Gunung Ruang.

Jurucakap BNPB Abdul Muhari berkata penutupan lapangan terbang itu dilanjutkan sehingga Jumaat, dari 6 pagi hingga 7 malam waktu tempatan, berikutan abu gunung berapi masih dilihat sehingga ke daerah Minahasa Utara.

Setakat 11 malam Khamis, Pelabuhan Tagulandang beroperasi bagi usaha pemindahan penduduk dan pengagihan bantuan kepada mangsa yang terjejas di pusat pemindahan sementara yang terletak 15 kilometer dari Gunung Ruang.

Pihak berkuasa tempatan bertindak memindahkan 272 keluarga atau 838 individu dari Kampung Laingpatehi dan Kampung Pumpente di Pulau Tagulandang.

Abdul Muhari menegaskan usaha pemindahan diteruskan untuk komuniti di pulau itu dan mereka yang berada dalam radius enam kilometer dari pusat kawah aktif gunung berapi berkenaan.

Pemindahan segera digalakkan untuk bersedia menghadapi batu gunung, aliran piroklastik dan tsunami yang berpunca daripada runtuhan bahan gunung ke laut.

“Gunung Ruang masih kelihatan hari ini, walaupun separuh terhalang oleh kabus.

Kawah utama mengeluarkan asap putih dengan intensiti sederhana hingga tebal sehingga 100 meter dari puncak gunung,” kata Abdul Muhari.-Bernama

BERITA LAIN

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

Jaga manah ‘Kumang Menua’ kitai

KUMANG ba budaya kitai Iban chukup besai bendar reti lalu nya ngenang pemajik, pemintar, pemanah budi basa enggau status siku indu dara. Nya alai, ukai