ARTIKEL

Datuk Mancha Ata

Rugi RM125,000, terpedaya tawaran kerja sambilan tak wujud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang promoter jualan di sebuah pasar raya di sini mengalami kerugian RM125,000 selepas terperdaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, wanita berusia lewat 40-an terbabit terpedaya dengan tawaran tersebut setelah berminat dengan iklan kerja sambilan di Facebook.

“Mangsa kemudian menerima mesej daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai Xie Ong Xiang, menawarkan mangsa pendapatan sampingan sebagai jurujual melalui pautan aplikasi dobemall dan dobevil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mancha berkata, individu terbabit memaklumkan kepada mangsa bahawa keuntunggan diperoleh hasil jualan kononnya dibayar kepada mangsa.

Pada penghujung Januari sehingga pertengahan Mei 2024, beliau berkata mangsa melakukan 18 transaksi wang secara berperingkat ke 13 akaun bank berbeza berjumlah lebih kurang RM125,000.

“Mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu setelah semua pembelian dilakukan mangsa masih tidak menerima sebarang keuntungan yang dijanjikan.

“Mangsa kemudian membuat laporan kepada pihak polis pada 22 Mei lepas dan siasatan kini dijalankan,” kata Mancha.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak melayan panggilan telefon yang tidak dikenali.

Selain itu, orang ramai turut disarankan agar tidak mudah panik atau cemas dan takut dengan sebarang dakwaan yang dibuat terhadap diri anda jika anda tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Jangan memberikan maklumat perbankan kepada individu atau mana-mana pihak yang tidak dikenali dan jangan mudah percaya dengan tawaran kerja sambilan tidak wujud yang ditawarkan di media sosial.

“Orang ramai boleh menghubungi National Scam scam 4esponse Centre (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber atau sekiranya baru sahaja membuat transaksi pemindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e- wallet suspek,” tegasnya.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat