ARTIKEL

Rugi RM3.2 juta akibat kerosakan kabel bawah tanah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy mengingatkan para kontraktor untuk menghubungi syarikat utiliti itu sebelum memulakan kerja menggali.

Terangnya lagi , ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dan terputusnya bekalan elektrik berlaku.

“Sejumlah 488 kes kabel rosak direkodkan sejak tahun 2018, melibatkan kerugian RM3.2 juta.

“Tahun ini sahaja, Sarawak Energy menerima aduan 15 kes terputus bekalan elektrik melibatkan kerja menggali oleh pihak ketiga,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, tiga kejadian berikutan kerja menggali oleh pihak ketiga telah menjejaskan pelanggan di sepanjang Lebuh Raya Kuching-Samarahan.

Kata Sarawak Energy, siasatan atas aduan yang diterima, pihaknya mengesan ia brpunca dari kerja menggali yang merosakkan kabel bawah tanah 11kV pada 21 Februari dan 3 Mac lalu.

Antara kawasan yang terjejas adalah Nursing Care Resort, Eden On The Park, rumah kedai Central City, rumah kedai Centre City 2, Taman Central City 1, Taman Central City 2, Taman Central City 3, Taman Central City 4, Taman Central City 5 and Taman Central City 6.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Mac 2021

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan