ARTIKEL

Rujuk Kerajaan Sarawak sebelum pinda undang-undang buruh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak meminta Kerajaan Persekutuan untuk meletakkan ayat “dengan persetujuan Sarawak” dalam Ordinan Buruh Sarawak 1959.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana Sarawak mempunyai undang-undang buruhnya tersendiri yang selaras dengan undang-undang buruh negara.

“Kita pada asasnya sama undang-undang dengan negara tetapi, kita kata anda perlu merujuk kepada Kerajaan Sarawak.

“Perdana Menteri ada berhubung dengan saya, dia akan membawa ke peringkat jawatankuasa untuk masukkan perkataan dengan persetujuan dari Sarawak,” katanya katanya ketika menjawab soalan pada sesi Sarawak Agenda Townhall #tanyakAbangJo sempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2023 di MITEC, di sini semalam.

Justeru beliau berkata, penting bagi ayat tersebut diletakkan dalam pindaan undang-undang buruh negara agar tidak memansuhkan undang-undang buruh Sarawak.

“Kita mesti menjaga hak kita.

Di bawah kepimpinan saya, saya agak defensif agar hak kita dilindungi dalam hubungan kita meminda undang-undang,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, barisan Menteri Persekutuan, Menteri Kerajaan Sarawak, Ahli Parlimen dan Adun Sarawak.

LAIN-LAIN BERITA

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur,

BERITA TERBARU

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke