ARTIKEL

Rumah Amal Cheshire Sarawak terima sumbangan bakul makanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 68 penghuni istimewa di Rumah Amal Cheshire Sarawak menerima sumbangan bekalan makanan daripada sebuah agensi bukan kerajaan (NGO), hari ini.

Rumah amal yang terletak di Jalan Ong Tiang Swee itu menjadi pilihan utama Agensi Millennial Kingdom Network (MKN Agency) untuk aktiviti julung kali yang diadakan itu.

Menurut Pengerusi Pengelola Program Amal Agensi MKN Darrell Gayok, adalah menjadi aspirasi utama baginya untuk melihat senyuman yang terukir daripada golongan istimewa ini.

“Dengan aktiviti amal sebegini, kami berharap lebih ramai lagi masyarakat di luar sana sudi bekerjasama dengan kami untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Maria berbual-bual dengan Sister Felis.

Jelasnya, bersesuaian dengan slogan ‘Be Someone’s Reason to Smile’, ia merupakan tujuan utama untuk membantu lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik.

“Aktiviti ini tidak akan terhenti di sini sahaja dan akan dilaksanakan dengan lebih meluas ke seluruh negeri Sarawak,” ujarnya.

Dalam pada itu, penjaga Rumah Amal Cheshire Sarawak yang dikenali sebagai Sister Felis menzahirkan ucapan terima kasih kepada agensi MKN atas sumbangan yang diberikan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Darrell, pengasas Agensi MKN dan ahlinya atas keprihatinan mereka dalam menghulurkan keperluan makanan seperti beras, minyak masak dan lain-lain keperluan,” jelasnya.

Hadir sama, pengasas Agensi MKN, Maria Kumang Ningkan dan dua lagi ahlinya, Lianny Bujang dan Diana Junaidi.

 

BERITA LAIN

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk