ARTIKEL

Rumah Andrew Lawai musnah dalam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Berulang kali mengisi air ke dalam jentera pada jarak 500 meter dari pili Bomba. Itulah sebahagian rintangan yang terpaksa dihadapi pasukan Bomba dalam operasi memadam kebakaran Rumah Andrew Lawai di Jagoi Pakan, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pasukannya mengambil inisiatif itu kerana tidak ada sumber air berhampiran.

“Bagaimanapun, kita berjaya mengawal api pada 9.30 malam dan operasi tamat sepenuhnya 10.30 malam,” katanya kepada media.

Kita dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

Beliau berkata, insiden kira-kira 8.45 malam dipercayai bermula dari salah sebuah bilik sebelum merebak pantas meranapkan 90 peratus rumah panjang separuh kekal itu.

Bagaimanapun katanya, semua mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat keluar menyelamatkan diri.

Bomba bertungkus lumus memadam kebakaran Rumah Andrew Lawai di Jagoi Pakan, semalam.

“Sepasukan Bomba dari Balai Bintangor bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan 8.50 malam.

Namun sebaik sahaja tiba di lokasi, rumah itu sudah ranap manakala api masih merebak ke seluruh rumah panjang.

Seramai 20 penghuni terdiri daripada 18 dewasa dan dua kanak-kanak kini ditempatkan sementara di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Meradong Julau dan Pakan.

“Api merebak pantas kerana cuaca panas menyebabkan mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda benda mereka,” katanya.

Kejadian ini merupakan yang kedua selepas kebakaran Rumah Noh Bin di Stalon Belawai yang mengakibatkan 56 penduduknya tinggal sehelai sepinggang.

 

Kebakaran memusnahkan 90 peratus rumah separuh kekal

 

Kesemua penghuni terselamat

BERITA LAIN

Kembar berbakat besar mahu harumkan nama Sarawak

KUCHING: Kembar berbakat besar kebanggaan Sarawak, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef, 11 tahun, berlepas ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Long Beach, California, Amerika

BERITA TERBARU

Kembar berbakat besar mahu harumkan nama Sarawak

KUCHING: Kembar berbakat besar kebanggaan Sarawak, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef, 11 tahun, berlepas ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Long Beach, California, Amerika

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli