ARTIKEL

PENERANGAN... Dr Annuar Rapaee (kiri) mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampung terlibat.

Rumah asal penduduk Kpg Datu, Kpg Hilir dan Kpg Baru akan diganti dan dibina di Kpg Datu Baru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Rumah asal penduduk di tiga buah kampung di sini yang terlibat dalam projek pembangunan akan dibina baharu di Kampung Datu Baru.

Tiga buah kampung terlibat ialah Kampung Datu, Kampung Hilir dan Kampung Baru.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Dr Annuar Rapaee, semasa mengadakan perjumpaan dengan penduduk yang terlibat dengan Projek Pembangunan Kampung Datu, Hilir dan Baru di sini pada Sabtu lepas, rumah asal penduduk yang terjejas akan diganti serta dibina di Kampung Datu Baru di sini.

“Dalam perjumpaan tersebut, saya berjanji akan membela nasib mereka selain memberi jaminan tiada keluarga yang akan dipinggirkan atau digugurkan dari senarai penerima rumah baharu,” jelasnya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu berkata, bagi keluarga yang menumpang di rumah yang sama turut akan diberi keutamaan mendapatkan rumah di kawasan perumahan baharu di Kemuyang.

Ujarnya, tujuan utama perjumpaan itu adalah untuk memberi penjelasan tentang kedudukan mereka yang terlibat agar mereka tidak keliru dan faham tentang proses pengambilan tanah mereka.

Beliau turut mengingatkan mereka yang hadir agar sentiasa mendapatkan penerangan daripada pihak berkuasa dan jangan mudah terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu.

“Secara keseluruhannya, perjumpaan ini telah menghasilkan keputusan yang amat baik bagi kedua-dua pihak, dan mereka yang terlibat berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh saya,” katanya.

Rentetan itu, Dr Annuar berkata, penduduk yang terlibat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa berhubung dengan perkembangan status tanah mereka.

Perjumpaan tersebut melibatkan lebih kurang 70 orang yang mewakili 50 keluarga yang terlibat dalam proses pemindahan untuk memberi laluan kepada pembangunan di kawasan kampung terbabit.

BERITA LAIN

Lelaki ditemui mati di Kampung Tunku

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Kampung Tunku, Jalan Astana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, polis menerima laporan

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36