Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Rumah Danggat terbakar: ‘Kejadian terlalu pantas’ – penduduk

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Penduduk..Mohd Noor Arifin
Penduduk..Mohd Noor Arifin

SARIKEI : “Saya bergegas pulang ke rumah sejauh satu kilometer sebaik saja mendengar terdapat rumah terbakar” Itu kata Mohd Nor Ariffin, 58, penduduk sungai Kawi yang panik apabila berlaku kebakaran berhampiran dengan kediamannya di sini.

Ketika kejadian katanya, dia berada di kebun, sebelum anaknya memberitahu bahawa Rumah Danggat yang berhampiran dengan rumahnya sedang dijilat api.

“Ketika sampai di rumah, saya melihat api sudah menjulang tinggi di Rumah Danggat dan terus membantu penduduk memadamkan api yang sedang marak itu.

Operasi pemadaman susulan sedang giat dilakukan.

“Namun, usaha kami gagal kerana api ketika sudah terlalu besar,” katanya kepada Suara Sarawak.

Mohd Arifin kejadian itu amat mengejutkannya selepas lebih 30 tahun menetap di kawasan tersebut.

“Saya tinggal dan menetap berhampiran rumah panjang ini. Hubungan saya dengan penghuni (mangsa) sangat rapat. Justeru, saya turut bersedih dengan kejadian yang menimpa,” katanya.

Kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu berlaku ketika sebahagian besar penghuni sedang bekerja.

Malah ujarnya, api merebak pantas menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.25 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, api masih marak. Kita bergegas melakukan pemadam bagi memastikannya tidak merebak ke kawasan lain,” katanya.

Setakat ini, kerja pemadaman susulan masih dilakukan dan operasi turut dibantu anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Difahamkan kejadian hanya melibatkan 19 pintu daripada rumah panjang 34 pintu itu.

 

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru