Rumah dua tingkat di Tabuan Jaya terbakar 100 peratus

KUCHING: Sebuah rumah dua tingkat jenis kekal hangus 100 peratus dalam insiden kebakaran yang berlaku di Lorong Kedandi 4, Tabuan Jaya, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 10.38 malam sebelum mengerahkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi.

“Kebakaran menyebabkan rumah berkeluasan 50 x 60 kaki persegi tersebut musnah secara keseluruhan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada kemalangan jiwa dilaporkan berikutan rumah itu kosong dan tidak berpenghuni,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

HANGUS… Keadaan rumah selepas api berjaya dikawal

Suara Sarawak