ARTIKEL

HANGUS… Anggota bomba berusaha memadamkan api yang sedang marak.

Rumah hangus di Kampung Kelka, mangsa sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Sebuah sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kediaman mereka terbakar di Kampung Kelka dekat sini kira-kira jam 7.20 malam tadi.

Menurut Komander Operasi Kanan PPgB Nazari Harun, pihaknya menggerakkan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah rumah terbakar jenis separuh kekal dengan panjang 30 kaki x lebar 24 kaki terbakar sepenuhnya.

“Bagaimanapun, insiden berkenaan tiada melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Nazari, anggota bomba membuat pemadaman menggunakan pam jentera daripada pili bomba terdekat 300 kaki dua aliran.

Operasi pemadaman dengan teknik ‘defensive’ dilakukan sehingga api padam sepenuhnya, ujarnya lagi.

“Setelah memastikan api padam sepenuhnya anggota bertolak balik ke balai,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU