SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Rumah Inap Pertama di Sawah Jelutong Homestay Pulau Bruit

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Penginapan rumah inap Jelutong sesuai untuk pengunjung yang inginkan kedamaian desa serta jauh daripada kesibukan kota.

MENIKMATI hembusan bayu pagi serta panorama, pancaran matahari terbit pasti memberikan keseronokan saat bercuti.

Tambah menarik sekiranya kombinasi alam semula jadi itu dinikmati di kawasan sawah padi.

Hakikatnya, pengalaman tersebut masih boleh dirasai di Sarawak apabila bercuti ke kawasan perkampungan luar bandar di Jelutong Homestay, Pulau Bruit, Daro.

Menurut Pengurus Jelutong Homestay, Noor Faraniza Kerni, 33, rumah inap tersebut bukan sahaja menjanjikan pemandangan sawah padi menghijau, malah turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung bersama-sama keluarga.

Destinasi penginapan tersebut sesuai buat pelawat yang inginkan kedamaian desa serta jauh dari kesibukan kota.

“Apabila bercuti di sini, pengunjung boleh melakukan aktiviti santai seperti memancing ikan puyu dan udang, menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam serta menikmati suasana desa.

“Walaupun aktiviti tersebut ringkas, namun ia dapat mengimbau kembali kenangan zaman kampung kanak-kanak,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Selain itu, pengunjung boleh bersiar-siar ke kebun buahbuahan berdekatan rumah inap seperti kebun jambu, mangga dan limau serta melihat aktiviti petani di sawah padi.

Baca lain  Saringan kesihatan oleh Petros dipuji

Sementara itu, tidak lengkap percutian anda seisi keluarga jika tidak melakukan aktiviti berbeku pada sebelah malam sekali gus mengeratkan silaturahim keluarga.

Bagaimanapun, peralatan memanggang seperti arang dan peralatan memancing harus disediakan sendiri oleh pengunjung.

UTAMAKAN KESELESAAN

“Untuk keselesaan, penginapan tersebut mampu memuatkan antara dua hingga empat pengunjung pada satusatu masa.

“Suasana kampung lebih bermakna jika percutian keluarga turut disertai anakanak yang dilahirkan pada era moden agar mereka dapat menghayati kedamaian itu,” ujarnya.

Jadi, jika anda mahu kelainan percutian di Sarawak, singgahlah di Jelutong Homestay Pulau Bruit yang terletak di antara Kampung Betanak dan Kampung Salah Kecil.

Jaraknya sekitar 4.7 kilometer dari Kampung Betanak dan 45 minit perjalanan dari feri Daro – Feri Muara Lassa.

Manakala, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Tanjung Manis (60 kilometer), Lapangan Terbang Sibu (110 kilometer) dan Lapangan Terbang Mukah (120 kilometer) dari rumah inap Jelutong Pulau Bruit.

Bagi menjamin keselamatan dan privasi pengunjung, Faraniza berkata parti bachelorette, parti “orang bujang” atau yang seumpamanya tidak dibenarkan di rumah inap tersebut.

Baca lain  Oyen jadi tumpuan, terperangkap di papan tanda klinik

Tambah Faraniza, rumah inap ini mempunyai dua unit bilik dibina atas tanah sawah milik kelurga dan mula beroperasi sejak Oktober 2022.

Kesukaran mendapatkan tempat penginapan khususnya di Pulau Bruit, mencetus inspirasi Faraniza membangunkan rumah inap di kawasan tersebut.

Idea membangunkan rumah inap bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan tidak dapat keluar dan hanya mengisi masa yang ada dengan menanam buah-buahan seperti jambu air, mangga dan limau.

Antara kemudahan asas disediakan ialah katil, air, elektrik, tandas, tempat parkir dan tempat barbeku. Terdapat kafe dan kedai runcit di kawasan berdekatan kampung.

“Walaupun baru beroperasi beberapa bulan, Alhamdulillah setakat ini semua pelanggan memberi maklum balas positif terhadap perkhidmatan kami.

“Biasanya, pengunjung menempah rumah inap untuk aktiviti jabatan tertentu serta percutian bersama-sama keluarga atau rakan pada hujung minggu,” jelasnya.

GUNA TENAGA SOLAR

Malah, ada dalam kalangan pelanggan membuat tempahan menginap di Jelutong Homestay Sebanyak empat kali.

Sebagai sokongan terhadap usaha Kerajaan memulihara alam sekitar menerusi penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE), rumah inap ini turut menggunakan bekalan elektrik sepenuhnya daripada tenaga solar sejak ia mula beroperasi.

Baca lain  Sebanyak 2,920 kes Covid-19 hari ini dengan 99.9 peratus kategori satu dan dua

Walaupun tenaga solar disifatkan sebagai tenaga mesra alam yang mampu lestarikan kehijauan bumi, namun penggunaannya tidak dapat dilakukan secara meluas dan agak terhad.

Jelutong Homestay boleh disewa dengan harga berpatutan serendah RM60 sahaja untuk satu malam. Sekiranya berminat dan membuat tempahan, sila hubungi 014-6856740 atau 013-4924185 (Noor Faraniza).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru