ARTIKEL

Rumah kayu musnah dijilat api di Oya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

OYA: Sebuah rumah kayu di Kampung Kuala Tengah Oya, Jalan Loji Air musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 3.30 petang tadi.

Menurut maklumat bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah, pihaknya menerima panggilan dari orang awam memaklumkan berlaku kebakaran dapur di lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di tempat kejadian pada jam 3.58 petang, lima anggota yang dianggotai PB Hilary bersama dengan sebuah EMRS dan Artego, mendapati kebakaran telah merebak ke kawasan lain dari kawasan dapur rumah kayu tersebut yang merupakan rumah sementera.

“Difahamkan Bomba Komuniti kampung turut berusaha memadamkan kebakaran tersebut namun tidak berjaya. Kebakaran telah menyebabkan rumah kayu tersebut musnah sepenuhnya dan sebuah rumah konkrit berdekatan musnah sekitar 90 peratus,” jelas kenyataan tersebut.

Tambahnya kedua-dua rumah tersebut merupakan milik individu yang sama dan kebakaran telah berjaya dikawal sekitar jam 4.18 petang.

Pemilik rumah Abdul Rahman Arbi ditemui menjelaskan kebakaran berlaku berpunca dari dapur gas rumah berkenaan.

Dalam pada itu, atas keprihatinan penduduk kampung, dia telah menerima sumbangan kilat bagi meringankan beban atas musibah yang berlaku.

RINGANKAN BEBAN … Abdul Rahman Arbi menerima bantuan kilat dari penduduk kampung.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

IPS rangkul gelaran juara

KUCHING: Pasukan Institut Pertanian Sarawak (IPS) berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Mambong 2024. Barisan kendalian Nasrul Johan (ketua jurulatih) berjaya menumpaskan

Fadzio, Bako mara ke pusingan ketiga

KUCHING: Dua pasukan pilihan, Fadzio FT dan Bako United antara calon awal yang berjaya mengesah slot ke pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo