ARTIKEL

Rumah kosong di Kampung Pakit B terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SRI AMAN: Sebuah rumah kosong jenis separa kekal di Kampung Pakit B musnah dalam insiden kebakaran, tengah hari semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, panggilan kecemasan tentang tragedi tersebut diterima sekitar 12.40 tengah hari.

“Selesai memadam kebakaran kereta di Kampung Nanga San, pasukan Alfa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman terus bergegas ke Kampung Pakit B.

“Setibanya di lokasi, operasi memadam terus dilakukan dan kira-kira sejam berkenaan, api dapat dikawal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, rumah tidak berpenghuni bersaiz 40 kali 60 kaki itu musnah sepenuhnya.

Anggaran kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan. Operasi memadam yang diketuai PBK II Fadhli Buyong tamat kira-kira 2.40 petang.

Maklumat daripada penduduk menyatakan rumah tersebut milik Christopher Jalai.

BERITA LAIN

Lebih ramai profesional perubatan diperlukan

KUCHING: Lebih ramai profesional dalam bidang perubatan diperlukan seiring dengan pemilihan Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh syarikat terkemuka, Roche Pharmaceuticals, sebagai tapak untuk ujian klinikal

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

BERITA TERBARU