ARTIKEL

Rumah kosong di Kampung Pujut musnah terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Sebuah rumah kosong tidak berpenghuni di Jalan Tanjung Batu 1A/1C, Kampung Pujut di sini, musnah dalam satu insiden kebakaran yang berlaku awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan sekitar jam 2.06 pagi tadi.

“Setelah menerima laporan tersebut, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kosong tidak berpenghuni yang berukuran 25 kali 15 kaki persegi telah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, pihak bomba melakukan proses pemadaman api dalam kadar segera dengan menggunakan satu aliran 200 kaki, dua nozel, pam jentera sumber air dari tangki jentera dan satu aliran salur bantu mula sehingga api dipadam sepenuhnya.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 3.15 pagi setelah memastikan keadaan di lokasi selamat.

Setelah berjaya memastikan keadaan di lokasi selamat, pihak bomba bergerak pulang ke balai.

Rumah kosong di Jalan Tanjung Batu 1A/1C, Kampung Pujut ranap dijilat api

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU