ARTIKEL

Rumah musnah terbakar, dua sekeluarga mungkin melupakan hasrat menyambut Krismas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Anggota bomba memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Sebenyis pada awal pagi hari ini.

KUCHING: Sebuah keluarga di Kampung Sebenyis, di sini mungkin terpaksa melupakan hasrat menyambut perayaan Krismas yang tinggal hanya empat hari lagi apabila rumah mereka musnah akibat kebakaran pada awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 5.35 pagi, dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah terbakar 100 peratus.

“Pasukan BBP Siburan memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka dari kolam berhampiran untuk kerja-kerja ‘overhaul’ sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kejadian tidak melibatkan kecederaan kepada dua penghuni rumah terbabit iaitu seorang wanita berusia 58 dan lelaki berusia 25 tahun.

Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

MEREMAJAKAN SKIM RONDAAN SUKARELA

SKIM Rondaan Sukarela (SRS) telah dilancarkan pada 21 Februari 2004. Tujuan utama penubuhan SRS adalah untuk membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala di

BERITA TERBARU