Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Rumah panjang 11 pintu musnah terbakar di Betong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BETONG: Insiden kebakaran yang memusnahkan 11 pintu Rumah Panjang August Jampi, Ban Ulu, telah mengakibatkan seramai 38 penghuninya tinggal sehelai sepinggang.

Mengesahkan perkara tersebut Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi, katanya turut rentung sebuah kereta jenis Proton Wira dan motosikal jenama Modenas.

Menurutnya, pasukan Bravo menerima panggilan kecemasan kira-kira 10.20 pagi.

“Selepas dimaklumkan oleh orang awam, kami terus bergegas ke lokasi dan mendapati api sedang marak memusnahkan rumah panjang jenis tidak kekal dua tingkat itu.

“Pasukan bomba menggunakan pelbagai kaedah melakukan pemadaman, namun rumah panjang berukuran 60 kaki lebar dan 220 kaki panjang itu musnah sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa serta kecederaan dilaporkan.

Operasi pemadaman penuh mengambil masa lebih tiga jam, tamat 1.31 tengah hari.

Terdahulu semasa kebakaran, Pegawai Operasi BBP Betong Henry Jugah memaklumkan, lokasi kebakaran yang mengalami masalah talian telefon menyukarkan penghuni menghubungi bomba.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News