ARTIKEL

17 pintu rumah panjang di Kampung Long Kerangan musnah dalam satu insiden kebakaran yang berlaku pada 6 Mac lalu

Rumah panjang 17 pintu di Kampung Long Kerangan, Ulu Baram musnah dijilat api

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Rumah panjang 17 pintu di Kampung Long Kerangan, Ulu Baram musnah dijilat api dalam satu insiden kebakaran pada 6 Mac lalu.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian sekitar 10.45 malam pada hari kejadian.

Anggota bomba sedang mengumpul maklumat mangsa yang terjejas akibat kejadian kebakaran


Katanya, setelah menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi dikerah ke lokasi kejadian dan mereka mengambil masa enam jam ke lokasi dengan menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.


“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan 17 pintu rumah panjang struktur tidak kekal telah terbakar sepenuhnya dalam kejadian tersebut.


“Tiada sebarang operasi pemadaman api dilakukan kerana kebakaran padam sepenuhnya semasa ketibaan pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Katanya, pasukan bomba bertindak mengambil maklumat mangsa kejadian dan mendapati kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.


Menurut kenyataan itu juga, pihak bomba menyifatkan bahawa operasi ini agak mencabar kerana ia berlaku jauh dari balai dan mereka terpaksa menggunakan jalan balak untuk sampai ke lokasi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU