HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Rumah panjang 34 pintu di Jalan Singba Sungai Kawi musnah terbakar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

BINTANGOR : Sebuah rumah panjang 34 pintu di Jalan Singba Sungai Kawi musnah dalam kebakaran, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, insiden kira-kira jam 9.20 pagi melibatkan separuh daripada bangunan rumah panjang berkenaan.

“Separuh lagi berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba daripada merebak.

” Setakat ini, kita berjaya menyelamatkan 17 buah pintu rumah panjang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika berita ini ditulis, operasi pemadaman susulan sedang giat dilaksanakan.

Difahamkan, tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan kesemua penghuninya berjaya menyelamatkan diri.

Sementara itu, ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing turut berada di lokasi bagi meninjau keadaan mangsa.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru