ARTIKEL

LAU (duduk, empat kanan) bersama Romeo (duduk, tiga kanan), Dennis (duduk, empat kiri) dan yang lain semasa sesi tersebut.

Rumah panjang di Bawang Assan dinaik taraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan dana khas sebanyak RM1.5 juta untuk komuniti Iban di kawasan DUN Bawang Assan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pasukan Pembangunan Komuniti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau Kor Jie, semalam.

Beliau berkata, peruntukan khas itu adalah melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur seperti tempat parkir, titi kayu, jalan dan sebagainya di rumah panjang.
“Dengan adanya peruntukan yang ini, kita akan berikan projek dengan adil kepada penduduk rumah panjang seperti di kawasan Bawang Assan, Tanjung Penasu, Sungai Aup, Bukit Besai, Sebedil, Pasai dan sebagainya dalam masa dua tahun ini,” katanya.

Lau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Sesi Randau di Rumah Nuing Tugau, Sungai Tebelian.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU