Rumah panjang lapan pintu musnah terbakar

MIRI: Sebuah rumah panjang bersaiz lapan pintu di Kilometer 5 Bario Asal, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat gerakan Operasi Sarawak yang mengesahkan kejadian itu, berkata insiden terbabit berlaku sekitar jam 1.30 pagi.

Walaubagaimanapun katanya, pihaknya tiada menerima sebarang panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan berikutan masalah litupan talian komunikasi di Dataran tinggi Bario tidak begitu baik.

Tambahnya, laporan awal yang diterima pada jam 3 pagi mengesahkan insiden itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

MUSNAH…rumah panjang lapan pintu ranap menyembah bumi

Suara Sarawak