Trending

Rumah panjang mula dinaiki air

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BETONG: Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan Rumah Panjang Garit Lidong Baru, di sini, dinaiki air, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba hari ini, pihaknya menerima laporan sekitar jam 1.15 pagi tadi.

Katanya, seramai dua anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong digerakkan ke lokasi bagi tujuan pemantauan keselamatan.

PEMANTAUAN… Salah seorang anggota bomba membuat pemantauan keselamatan di rumah panjang tersebut.

“Sejurus tiba, anggota bomba melaporkan kawasan rumah panjang dua tingkat yang didiami oleh 96 penghuni tersebut dinaiki air setinggi satu kaki setengah.

“Menurut tuan rumah, air mula naik sekitar jam 11.15 malam akibat air pasang besar.

“Penduduk dinasihati untuk terus menghubungi semula talian tetap balai untuk bantuan jika keadaan air masih naik ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BANJIR… Keadaan rumah panjang yang dinaiki air.

Tambah PGO, ketika ini penduduk mendiami tingkat atas rumah tersebut.

Sementara itu, setelah membuat pemantauan penuh serta mengambil maklumat anggota bomba bergerak balik ke balai.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru