ARTIKEL

Rumah panjang Sungai Ribong diancam tanah runtuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PEMANTAUAN oleh pasukan bomba dan polis di lokasi runtuhan dekat Rumah Panjang Chuat Ubit di sini, hari ini.

SARIKEI: Sebuah rumah panjang empat pintu di Sungai Ribong dekat Jalan Kim San diancam tanah runtuh apabila berlaku pergerakan tanah yang dikesan penduduk, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dimaklumkan tentang kejadian kira-kira 8.33 pagi.

“Apabila sepasukan anggota diketuai PBK II (KUP) Mohsen Bujang Mohari digegaskan ke lokasi, didapati runtuhan berlaku di belakang Rumah Panjang Chuat Ubit yang mempunyai empat pintu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, bomba membuat pemantauan sekitar lokasi dan menasihatkan penghuni agar lebih berhati-hati ekoran pergerakan tanah boleh berlaku bila-bila masa.

Rumah Panjang Chuat didiami 30 penghuni terdiri daripada 11 lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa dan tujuh kanak-kanak.

 

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU