ARTIKEL

ANGGOTA bomba ketika memadamkan kebakaran tersebut.

Rumah pekerja kilang musnah terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Sebuah blok rumah pekerja kilang yang mempunyai 10 pintu musnah dalam kebakaran yang berlaku di Tanjung Kunyit di sini pada awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentral Sibu telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.50 pagi.

Susulan itu jelasnya, seramai sembilan anggota bomba beserta sebuah jentera FRT dan ERMS diketuai PBK II Thomson Sumping Crennal telah bergegas ke lokasi yang terletak 25 kilometer daripada balai.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan satu Blok E rumah pekerja 10 pintu rumah jenis tidak kekal dengan anggaran keluasan 100 x 60 kaki persegi telah terbakar 100 peratus.

“Pihak bomba kemudian menggunakana kaedah ‘RECEO’ dan mengarahkan anggota operasi membuat kawalan dan pemadaman dengan menggunakan 1 aliran 700 kaki 2 nozzle menggunakan kaedah “offensive’ dari bahagian tepi kiri dan kanan blok E rumah pekerja tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Andy berkata, kebakaran berjaya di kawal pada jam 1.38 pagi dan kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan sehingga tiada lagi punca nyalaan di lokasi.

Baca lain  Tiada penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu di Sarawak

Beliau juga berkata, anggota bomba turut membuat ‘size up’ semula didapati tiada mangsa yang terperangkap dalam bangunan seperti yang dimaklumkan oleh penghuni yang mendiami blok tersebut dan seterusnya anggota bomba bertolak balik ke balai.

“Difahamkan seramai tujuh mangsa dalam kejadian ini dimana anggota bomba tidak dapat mengambil maklumat yang lengkap daripada mangsa terlibat kerana dokumen musnah akibat kebakaran.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.10 pagi,” ujar beliau.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,