Rumah Pengerusi DAP Sarawak terbakar

KUCHING: Rumah banglo dua tingkat milik Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen terbakar di Jalan Nyiur di sini pada jam 4.54 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, BBP Tabuan Jaya dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan.

“Tiba di lokasi kejadian, kita mendapati bahagian atas bangunan terbakar yang melibatkan sebuah bilik.

“Terdapat lima mangsa semasa kejadian berlaku,” katanya kepada Suara Sarawak.

Ujarnya, BBP Tabuan Jaya turut dibantu oleh BBP Batu Lintang dengan kekuatan 11 anggota.

Ketika berita ditulis, pihak bomba masih menjalankan kerja-kerja “overhaul”.

Kelihatan kepulan asap keluar daripada rumah banglo dua tingkat milik Chieng Jen dalam satu kebakaran di Kuching sebentar tadi.

Suara Sarawak