Rumah PPRT di Mukah runtuh, tujuh sekeluarga terselamat

MUKAH: Tujuh sekeluarga terselamat namun salah seorang mengalami kecederaan ringan apabila rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiami di Kampung Sungai Pegei runtuh dalam kejadian awal pagi tadi.

Pemilik rumah Maslinda Masli, 49 ketika ditemui Suara Sarawak dirumahnya , memberitahu kejadian runtuhan melibatkan sebuah tiang yang terletak di kawasan dapur dan tandas (tengah rumah) tersebut berlaku sekitar jam 6.30 pagi sewaktu dia sedang bangun dan berada di dalam bilik mandi.

“Sewaktu kejadian, anak perempuan saya yang merupakan penuntut di PPKS Mukah sedang menggosok bajunya bersiap sedia seperti biasa, tiba-tiba kami terkejut apabila mendengar bunyi runtuhan dan mendengar suara teriakan meminta tolong.

Maslinda Masli

“Saya terkejut mendapati anak perempuan saya pada ketika itu dihimpit dibawah sebuah almari dapur tepat-tepat di kawasan runtuhan itu berlaku,” katanya lagi.

Jelasnya lagi dia dan ahli keluarga yang lain segara mengangkat almari tersebut selain mesin basuh, dan terus menyelamatkan anak perempunnya itu, namun mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian siku.

“Stuktur tanah di kawasan rumah kami kini juga, mengalami mendap dan basah, dan struktur tiang rumah juga tidak kukuh, dan jenis bukan kayu belian, dalam pada itu tiang lain kini juga menunjukkan tanda struktur pecah, untuk itu kawasan dapur kini juga musnah akibat runtuhan tersebut.

“Buat sementara waktu kami sekeluarga akan menetap di rumah ahli keluarga lain yang berada di sekitar rumah ini,”ujarnya.

Buat suaminya Muhd Yusri Abdullah,52 memberitahu untuk perancangan seterusnya, dia berharap rumah tersebut dapat dibina semula dengan struktur tiang yang lebih kukuh, dan jika untuk dibaik pulih tiang rumah iti tidak dapat diperbaiki, ujarnya .

Dalam pada itu, turut hadir melawat rumah berkenaan ialah Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili dan wakil daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Tellian Kaunselor Felix Pieng.

Difahamkan rumah PPRT tersebut merupakan rumah yang dibina pada tahun 2003, dan pernah dibaik pulih kali terakhir pada tahun 2012.

Difahamkan pihaknya akan membuat anggaran kos dan bakal menanggung kos pembaikan yang dilakukan dalam kadar segara .

MELAWAT… Shafrie Saili dan Felix Pieng dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Tellian melawat mangsa runah runtuh pagi tadi.
Keadaan lantai dan tiang rumah yang beralih
Keadaan tengah rumah yanag runtuh semalam menyebabkan kawasan rumah lain turut mengalamai kerosakan.

Suara Sarawak