ARTIKEL

Dr Kevin Cannard (kiri) dikatakan mengunjungi Presiden Joe Biden di Rumah Putih sebanyak lapan kali dari Ogos 2023 hingga Mac tahun ini. - Foto: X

Rumah Putih nafi Presiden Biden dirawat bagi penyakit Parkinson

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS): Rumah Putih semalam menafikan Presiden AS, Joe Biden, sedang dirawat bagi penyakit Parkinson.

Ini selepas rekod pelawat menunjukkan seorang pakar neurologi terkemuka dalam penyakit itu mengunjungi gedung eksekutif berkenaan sebanyak lapan kali dalam tempoh lapan bulan.

Rekod itu, yang boleh diakses oleh orang ramai di laman sesawang Rumah Putih, menunjukkan Dr Kevin Cannard mengunjungi rumah tersebut sebanyak lapan kali dari Ogos 2023 hingga Mac tahun ini.

Tidak jelas sama ada Cannard ada mengunjungi Rumah Putih dalam tempoh empat bulan lepas, lapor Agensi Anadolu.

Profil LinkedIn Cannard menyatakan beliau seorang pakar neurologi yang “menyokong Unit Perubatan Rumah Putih”.

Satu lagi profil awam di laman rangkaian profesional perubatan Doximity menyatakan Cannard telah mengusahakan terapi bagi penyakit Parkinson peringkat awal. 

Pertemuan Cannard di Rumah Putih termasuk satu dengan doktor Biden, Dr Kevin O’Connor, di Klinik Kediaman pada Januari lalu, menurut semakan Anadolu terhadap rekod itu.

Jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, menafikan bahawa Biden sedang dirawat bagi Parkinson, tetapi beliau enggan menjawab soalan tentang lawatan itu, malah enggan mengesahkan sama ada Cannard ada mengunjungi kompleks Rumah Putih ataupun tidak.

Jean-Pierre memetik apa yang dipanggilnya sebagai hak privasi pelawat.

“Saya tidak boleh dari sini mengesahkan mana-mana perkara itu, kerana kami perlu menjaga privasi mereka.

“Saya percaya mereka juga akan menghargai itu. Kami perlu menjaga privasi mereka,” katanya.

“Tidak kira berapa kuat anda mendesak saya, berapa marah anda dengan saya pun, saya tidak akan mengesahkan nama.

“Tidak kira sama ada ia ada dalam log. Saya tidak akan melakukannya dari sini. Itu bukan sesuatu yang akan saya lakukan,” katanya. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja