ARTIKEL

Rumah rebah menyembah bumi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Tanjong Belipat, Batu Niah rebah menyembah bumi namun tiada mangsa dalam kejadian yang dipercayai berlaku malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 8.55 pagi hari ini, dan segera menggerakkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah ke lokasi.

“Setibanya di lokasi mendapati sebuah rumah kediaman jenis kayu telah condong dan rebah.

“Pasukan bomba terus menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat di sekeliling rumah berkenaan bagi memastikan tiada orang yang terperangkap di dalamnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, katanya tiada penghuni di dalam rumah tersebut.

Menurutnya, seorang saksi memberitahu terdengar bunyi retakan pada jam 7.42 malam tadi.

Beliau menambah pihaknya difahamkan bahawa kediaman tersebut adalah milik individu bernama Kadie Ahmad.

Sementara, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni bergegas meninjau rumah tersebut sejurus dimaklumkan mengenai kejadian.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak yang membantu dalam insiden berkenaan.

BERITA LAIN

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

Sarawak tidak lepaskan hak

BINTULU: Sarawak tidak melepaskan hak-haknya apabila menjadi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Sebaliknya, beliau menegaskan

BERITA TERBARU