CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Rumah Sarawak bantu semua krew kapal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Rumah Sarawak di Kuala Lumpur

KUCHING: Rumah Sarawak turut membantu krew kapal yang bukan anak Sarawak yang telah dianiaya kerja tanpa gaji di sebuah kapal di Romania.

Menurut wakil Rumah Sarawak di Kuala Lumpur, pihaknya telah diarahkan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof untuk membantu mereka atas dasar perikemanusiaan.

Katanya bantuan yang diberikan adalah dari segi tanggungan kos ujian calitan Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kos kuarantin di hotel dari awal hingga tamat kuarantin.

“Kami membantu semua tanpa memilih sama ada mereka rakyat Sarawak atau tidak.

“Ini adalah arahan Datuk Seri Fadillah Yusof agar semua mereka yang bukan orang kita (rakyat Sarawak) turut mendapat pembelaan,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Suara Sarawak pada Isnin lalu melaporkan 83 orang rakyat Sarawak termasuk tiga dari Sabah dan seorang dari Kuala Lumpur yang terkandas di sebuah kapal di Romania.

Mereka dilaporkan selamat tiba di Kuala Lumpur semalam, atas bantuan Kerajaan Sarawak yang menghubungi Kedutaan Malaysia di Romania.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru