ARTIKEL

Abang Johari ketika merasmikan Galeri Rumah Sri Aman

Rumah Sri Aman simbol perpaduan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMANGGANG: Rumah Sri Aman menjadi simbol perpaduan masyarakat berbilang kaum, agama dan pendirian politik selain untuk mempertahankan keamanan yang ada di tanah air.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hanya selepas Deklarasi Sri Aman, wilayah ini mencapai keamanan sehingga memudahkan kerajaan meneruskan agenda membangunkan Sarawak.

“Ini adalah simbol perpaduan antara kita yang berbilang kaum, agama dan pendirian politik untuk meneruskan usaha membangunkan Sarawak.

“Selain itu bangunan ini akan menjadi simbol untuk kita saling mempertahankan keamanan.

“Generasi muda, belajarnya daripada sejarah – yang baik dicontohi, yang tidak baik jangan diulang. Ini (pergolakan politik) jangan diulang lagi,” tegasnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Galeri Rumah Sri Aman di sini, semalam.

Jelasnya, Rumah Sri Aman merupakan bangunan bersejarah apabila tahun ini (2023) merupakan genap Deklarasi Sri Aman yang ditandatangani pada 1973 dimeterai, satu perjanjian antara pihak Kerajaan Sarawak dan komunis, PARAKU dan disokong Kerajaan Malaysia ketika itu.

“Selepas termeterainya perjanjian Sri Aman, pergolakan politik semakin aman dan kerajaan pimpinan Ketua Menteri (ketika itu) Tun Abdul Rahman Ya’kub dapat menumpukan perhatian dalam pembangunan,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU