ARTIKEL

Gambar hiasan...Kawasan perkuburan semariang

Rumah terakhir di dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAM tempoh kurang setahun, saya dikejutkan dengan pemergian empat saudara terdekat.

Ada yang “pergi” kerana disahkan tidak ada harapan dan ada yang mati mengejut.

Kurang seminggu sebelum Ramadan, bapa saudara saya meninggal dunia disebabkan kanser hati tahap empat.

Pada 13 Julai lalu, bapa saudara sebelah isteri saya meninggal dunia di rumah sementara menunggu tarikh pembedahan di hospital.

Sesiapa sahaja pasti mengalami kecelaruan emosi apabila diuji dengan kesakitan.

Terfikir apakah perasaan bapa saudara saya yang menghidap kanser tahap empat?

Perkataan kanser itu sendiri seolah-olah hukuman mati.

Sebagai ketua keluarga, dia perlu menghadapi kenyataan akan meninggalkan isteri dan anak.

REZEKI

Dalam setiap khabar duka tersebut, saya suka melibatkan diri untuk menguruskan jenazah sehingga selesai pengebumian.

Selesai pengebumian, biasanya dibacakan tazkirah sebagai ucapan nasihat dan peringatan kepada para hadirin yang berada di kubur tersebut serta memberi ajakan dan galakan kepada mereka untuk mendoakan keampunan buat si mati.

Antara isi tazkirah yang menarik perhatian iaitu “telah habis rezeki kamu di dunia”.

Satu ungkapan ringkas yang menceritakan bahawa tidak akan mati satu jiwa selagi masih ada rezeki untuknya.

Selagi kita hidup, bermakna masih ada rezeki yang ditetapkan untuk dinikmati di dunia, walaupun lambat.

Konsep rezeki dan ajal itu sendiri telah ditentukan.

Hanya perlu bertawakal dan beriman dengan qadak dan qadar.

Ada sesetengah individu yang beranggapan kehidupan tidak mempunyai pilihan kerana ia ditentukan.

Harus diingat, Allah SWT bersifat Adil dan sentiasa memberi pilihan kepada hamba-Nya untuk memilih jalan yang diingininya.

Pun begitu, dalam masa yang sama, Allah SWT mengetahui pilihan yang akan dibuat oleh manusia itu berdasarkan kepada sifat Maha Mengetahui.

Selesai bacaan tazkirah, ahli keluarga pulang dah bersiap untuk kenduri tahlil sebagai sedekah si mati.

Penggali kubur yang bertugas ketika itu terus menggali liang lahad baharu.

Katanya, ia sebagai persediaan, sekurang-kurangnya perlu sediakan tiga liang lahad.

Sebelum ini dilaporkan, Tanah Perkuburan Islam Samariang hanya mampu menampung permintaan sehingga 2050 — berbaki sekitar 26 tahun.

Sekiranya ditakdirkan berumur panjang lebih 26 tahun lagi, penduduk sekitar Samariang mungkin dikuburkan di kawasan lain atau tanah perkuburan Samariang terus diperluas.

ADAB DI KUBUR

Baru-baru ini, tanah perkuburan Samariang dipenuhi ahli keluarga yang datang ziarah kubur pada hari pertama Aidiladha.

Suka diingatkan agar tidak melakukan amalan bidaah atau khurafat di tanah perkuburan.

Antara yang sering didengar seperti mengambil tanah kubur dengan sangkaan berkat atau ada kelebihan, meminta berkat dan pertolongan.

Syirik yang tidak nyata atau tersembunyi ialah meminta doa dan pertolongan dari kubur atau orang mati seperti minta tolong melepaskan bala kesusahan dan meletakkan sesuatu makanan atau melakukan korban untuk kubur.

Sebagai rumah terakhir di dunia, kita seharusnya mengambil iktibar dan menginsafi diri ketika ziarah.

Kubur juga boleh menjadi lembah neraka atau taman syurga.

Di sana juga kita “didakwa di alam kubur” ditemani soalan malaikat Mungkar dan Nakir.

Saya akhiri pojok minggu ini dengan hadis popular berkaitan amalan berterusan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.” (Riwayat Muslim, al-Nasa’i, al-Tirmizi dan Abu Daud

BERITA LAIN

Seimbangkan HIDUP, KERJAYA

KEBELAKANGAN ini, terdapat banyak penekanan berkaitan kepentingan mencapai keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan. Ia merupakan isu hangat disebabkan peredaran masa yang banyak mengubah cara kita

Sampah plastik cacatkan pemandangan

SEDIKIT-SEDIKIT, lama-lama menjadi bukit. Jika dari segi kewangan ataupun perkara yang kita usahakan, ia membawa kepada kebaikan dan manfaat pada kemudian hari. Namun, pernahkah kita

Pengurusan stres

STRES dalam bekerja boleh dilihat dari dua perspektif iaitu stres produktif dan stres yang merugikan. Stres produktif merangkumi aspek positif dan membina daya tahan diri

Mudahkan urusan waris

SETELAH Akaun Fleksibel diper-kenalkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima lebih dua juta permohonan pemindahan amaun permulaan dari

Setiap anak BAWA REZEKI

ANTARA kenikmatan terbesar bagi pasangan suami isteri ialah dikurniakan anak. Melalui kelahiran cahaya mata, ia menambah erat kasih sayang dalam keluarga. Setiap anak yang dilahirkan

Jepun

Gaya pemakanan masyarakat Jepun

MASYARAKAT Jepun dikatakan mempunyai jangka hayat yang paling lama di dunia. Mengikut data pada 2014, purata umur bagi lelaki ialah 80.50 tahun, manakala bagi perempuan

BERITA TERBARU

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo