Rumah terbakar, dua lelaki dan dua wanita selamat

BATU KAWA: Sebuah rumah di Lorong 22 Taman Desa Wira, di sini ranap dalam kebakaran yang berlaku malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 9.13 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bersama BBP Batu Lintang telah dikerah ke lokasi bagi operasi pemadaman dan menyelamat.

“Setibanya pasukan di lokasi mendapati rumah tersebut telah pun musnah 100 peratus dijilat api.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kediaman terbabit didiami oleh empat penghuni.

“Kesemua mangsa yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita disahkan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi pemadaman seterusnya dilakukan dengan menggunakan sumber air daripada jentera secara “relay pumping”.

Ujarnya, aktiviti operasi pemadaman baki api kebakaran serta memastikan keadaan sudah terkawal tamat sepenuhnya pada jam 10.03 malam.

Suara Sarawak