ARTIKEL

Pihak bomba berusaha memadamkan api kebakaran rumah di Kampung Pasir, Lutong.

Rumah terbakar, dua penghuni sempat selamatkan diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua lelaki berjaya menyelamatkan diri setelah rumah yang didiami mereka musnah dalam satu insiden kebakaran di Kampung Pasir, Lutong, di sini, hari ini.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan sekitar 2.33 petang sebelum menggerakkan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.


“Setibanya pasukan operasi di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal bersaiz 20 kali 20 kaki persegi dan terbakar sepenuhnya.


“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penghuni berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.


Susulan itu katanya, pasukan bomba bertindak melakukan operasi pemadaman api dengan membentang satu aliran satu pancutan air dari tangki jentera.


“Kebakaran berjaya dikawal pada 2.52 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.17 petang,” ujarnya.

Pihak bomba berusaha memadamkan api kebakaran rumah di Kampung Pasir, Lutong.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA