BETONG: Sebuah rumah jenis kekal satu tingkat terbakar hampir keseluruhan dalam insiden kebakaran di Kampung Debak.
PGO Sarawak menerima laporan kebakaran rumah sekitar 4.32 pagi Sabtu dan terus mengarahkan PKO BBP Betong ke lokasi kejadian.
Operasi pemadaman mengalami kesukaran disebabkan ketiadaan pili bomba berdekatan di lokasi kejadian.
Difahamkan, empat penghuni kediaman tiada di tempat kejadian kerana balik ke kampung dan punca kebakaran masih dalam siasatan.