ARTIKEL

Hasbi (berdiri kiri) menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dari Kompleks Peryatim Bintulu pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 Lembaga Pelabuhan Bintulu, malam tadi.

Rumah Terbuka Aidilfitri Lembaga Pelabuhan Bintulu kesempatan berkongsi budaya, eratkan lagi hubungan korporat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU : Penganjuran Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) merupakan peluang untuk berkongsi keceriaan dan kemeriahan perayaan dalam kalangan kakitangan dan pengurusan agensi berkenaan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata melalui amalan seumpama itu, pelbagai lapisan masyarakat dapat berkongsi budaya, adat resam, makanan dan sebagainya.

Selain itu, katanya, ia juga dapat meningkatkan lagi semangat toleransi dan saling hormat menghormati sesama kakitangan dan pegawai di LPB yang sememangnya terdiri daripada pelbagai suku kaum, agama dan anutan.

“Saya juga percaya majlis sebegini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan korporat di antara LPB dan agensi kerajaan dengan pengguna pelabuhan serta pemain industri lain di Bintulu,” katanya ketika berucap pada sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri LPB di pekarangan bangunan Menara Kidurong di sini, malam tadi.

Justeru, beliau berharap agar semangat kerjasama dan hubungan erat yang tersedia terjalin selama ini akan terus dikekalkan dan ditambah baik lagi agar dapat sama-sama memajukan Pelabuhan Bintulu menjadi destinasi pilihan pelabur dari dalam mahupun luar negara.

Pada majlis tersebut, Hasbi ditemani Pengerusi Lembaga Pengarah LPB, Datuk Sharkawi Alis menyampaikan sumbangan duit raya kepada seramai 61 anak yatim dari Kompleks Peryatim Bintulu.

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri LPB 2024 dimeriahkan dengan kemunculan dua penyanyi tersohor negara, Datuk Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah yang menghangatkan lagi suasana majlis sambutan.

Jamal, yang terkenal sebagai Raja Pop Malaysia, mendendangkan empat lagu iaitu ‘Salam Aidilfitri’, ‘Sendiri’, ‘Aku Penghibur’ dan ‘Lancang Kuning’ manakala Dayang Nurfaizah pula menyampaikan tiga buah lagu, ‘Selamat Hari Raya’, ‘Lelaki Teragung’ dan ‘Umpan Jinak Di Air Tenang’.

Hasbi (tiga kiri) bersama tetamu kenamaan lain merakam momen bersama Dayang Nurfaizah (lima kiri).

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri