ARTIKEL

Antara KMKK dan ketua jabatan yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Belawai.

Rumah Terbuka Aidilfitri serlah hubungan erat KMKK Tanjung Manis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Hubungan erat antara Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di daerah ini terserlah melalui kemeriahan program Rumah Terbuka Aidifitri anjuran Kelab Rando Daerah Tanjung Manis, hari ini.

Program yang berlangsung di Rumah Rehat Kerajaan Belawai itu turut dihadiri Wakil Pusat Khidmat N.41 Kuala Rajang, Ahmad Adai dan Shukurdi Tarzen.

Pemangku Pegawai Daerah Tanjung Manis, Ismail Kasah berkata program itu bertujuan mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dengan pemimpin masyarakat di daerah itu selain memberi peluang kepada mereka untuk saling bertukar pandangan.

“KMKK berperanan penting sebagai mata dan telinga kerajaan untuk memastikan isu pada peringkat akar umbi diselesaikan dengan baik.

“Justeru, hubungan erat antara kedua-dua belah pihak amat penting agar perancangan dan pelaksanaan projek kerajaan berjalan lancar,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semangat persaudaraan, perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di daerah itu terus diperkukuhkan.

“Perpaduan yang terjalin mesti dipertahankan bagi membolehkan kerajaan untuk dapat meneruskan perancangan di samping memperhebatkan lagi usaha pembangunan.

“Sehubungan itu, kita sememangnya memberikan sokongan kepada mana-mana program di Tanjung Manis selagi aktiviti yang dilaksanakan bermanfaat untuk masyarakat,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU