KUCHING: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan 16 pemimpin Dayak lain akan menganjurkan rumah terbuka Gawai Dayak 1 Jun ini.
Diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, majlis yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 4 petang itu dibuka kepada orang ramai.
Malah, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isterinya Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dijangka memeriahkan majlis pada jam 11.30 pagi.
Sementara itu, pada 7 Jun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Abang Johari dan Juma’ani dijangka menyerikan majlis makan malam sambutan Gawai Dayak peringkat Negeri di tempat yang sama.
Antara 16 pemimpin Dayak yang terlibat dalam penganjuran acara itu ialah Menteri Kerja Raya Malaysia Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom; Menteri di Jabatan Premier Datuk John Sikie Tayai; dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Yang lain ialah timbalan menteri Sarawak iaitu Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak I (Penerbangan dan Jalan Raya) Datuk Dr Jerip Susil; Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan II (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) Datuk Snowdan Lawan serta Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan II (Pembangunan Pelabuhan) Datuk Majang Renggi.
Selain itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) Datuk Liwan Lagang; Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) Datuk Gerawat Gala; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh; Timbalan Menteri Pengangkutan (Maritim dan Riverine) Datuk Henry Harry Jinep; Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan, Datuk Gerald Rentap Jabu; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat II (Pembangunan Bakat) Datuk Francis Harden Hollis; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan I (Kesihatan Awam dan Perumahan) Datuk Dr Penguang Manggil; Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Adat dan Undang-undang Anak Negeri) Jefferson Jamit Unyat; dan Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Maclaine@Martin Ben.