ARTIKEL

Sulaiman (dua kiri) menyampaikan baju tajaan kepada salah seorang pemain kanak-kanak skuasy daripada Persatuan Raket Skuasy Sarawak.

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 Cahya Mata Sarawak pupuk semangat kebersamaan, rapatkan ukhwah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cahya Mata Sarawak (CMS) menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 semalam bagi mengeratkan hubungan sesama pelanggan dan kakitangan serta memupuk semangat kebersamaan.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib berkata, objektif acara itu adalah untuk memupuk hubungan positif dengan pihak berkepentingan, pelanggan dan pelabur CMS. 

“Acara ini merupakan tradisi tahunan bertujuan memupuk hubungan kukuh dengan pelanggan, rakan kongsi dan pembekal serta pelbagai pihak berkepentingan. 

“Kami mahu menjalinkan hubungan baik dan merapatkan ukhwah dengan mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka yang diadakan di Wisma Mahmud, Jalan Sungai Sarawak di sini semalam dan dihadiri sekitar 1,900 tetamu.

Majlis itu menampilkan pelbagai hidangan lazat, seperti laksa Sarawak, mee kolok, nasi beriani, pencuci mulut dan lain-lain lagi.

Rumah terbuka yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang itu turut menyaksikan CMS menyampaikan baju tajaan yang memaparkan logo syarikat kepada tiga pemain kanak-kanak skuasy daripada Persatuan Raket Skuasy Sarawak untuk menyerlahkan dedikasi syarikat kepada usaha mempromosikan bakat tempatan pada peringkat global.

Pemain-pemain ini bersedia mewakili Sarawak dalam kejohanan antarabangsa akan datang di Bangkok dan Singapura.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus