Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Rumah terbuka SUPP lokasi pertama lawatan Premier Sarawak sempena TBC

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
RAKAMAN KENANGAN sekitar Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), pagi tadi.

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memulakan kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) 2023 anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), pagi tadi.

Majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat SUPP, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui dekat sini itu juga turut dihadiri isterinya Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Ia bukan sahaja dihadiri oleh masyarakat Cina tetapi juga pelbagai latar belakang masyarakat di negeri ini termasuk kaum Melayu, Iban, India dan lain-lain.

RAKAMAN KENANGAN sekitar Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), pagi tadi.

Sehubungan itu, Abang Johari ketika ditemui berkata sudah menjadi budaya di Sarawak untuk meraikan perayaan termasuk Tahun Baharu Cina bersama-sama.

“Justeru saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada mereka yang meraikan Tahun Arnab ini.

“Walaupun perayaan ini diraikan oleh masyarakat Cina, ia tetap disambut bersama-sama dengan masyarakat lain di negeri ini.

RAKAMAN KENANGAN sekitar Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), pagi tadi.

“Ia sudah menjadi budaya kita di sini, sekali gus menonjolkan perpaduan yang kukuh agar dapat terus membangunkan masyarakat di Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis tersebut, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai Tahun Arnab, haiwan tersebut mempunyai karakter tersendiri.

“Sekiranya kita dapat mempraktikkan semangat arnab ini, saya percaya bahawa apa juga halangan yang kita hadapi, akan dapat diselesaikan,” ujarnya.

Abang Johari hadir sekitar jam 10.19 pagi tadi disambut oleh Presiden SUPP merangkap Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta isterinya Datin Seri Enn Ong.

Hadir sama memeriahkan rumah terbuka tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri serta barisan pimpinan dan tetamu kehormat yang lain.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru