ARTIKEL

Rumah teres terbakar ketika tiga sekeluarga nyenyak tidur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTANGOR: Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila kediaman mereka, sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Buan di sini terbakar ketika sedang nyenyak tidur, awal pagi tadi.

Mangsa yang masing-masing berusia 34 hingga 67 tahun bagaimanapun dilaporkan selamat selepas berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum mendapatkan bantuan pihak bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, ketika kejadian kesemua mangsa sedang nyenyak tidur.

“Bagaimanapun, mereka terbangun selepas terasa bahang panas dan mendapati kediaman itu sedang terbakar.

“Kesemua mereka kemudiannya bergegas keluar untuk menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nicholas, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 3.55 pagi.

Setibanya di tempat kejadian katanya, api masih marak di tingkat bawah kediaman itu.

“Pasukan operasi bertindak menggunalan satu aliran hos bagi tindakan pertama dan aliran hos 100 kaki untuk tindakan pemadaman yang selanjutnya.

“Api berjaya dikawal pada jam 4.22 pagi dan kejadian itu mengakibatkan kediaman mangsa musnah 20 peratus,” ujarnya.

Tambahnya, difahamkan api bermula di ruang tamu sebelum merebak.

“Namun, punca sebenar kejadian ini masih dalam siasatan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU