Trending

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BETONG: Sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Semumok dekat sini musnah akibat kebakaran, awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi berkata, rumah berstruktur kekal satu tingkat berukuran 40 x 24 kaki persegi itu terbakar kira-kira 90 peratus.

Menurutnya, pasukan bomba yang diketuai Jusmandie Jamaie memadam api menggunakan air dari tangki jentera.

Api berjaya dikawal sekitar 6.37 pagi.

Menurut Vincent, rumah tidak berpenghuni ketika kebakaran berlaku dan tiada sebarang info mengenai pemilik sebenar.

Katanya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Operasi memadam kebakaran turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru