Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Rumah untuk B40

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

DASAR perumahan di Sarawak merupakan tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak bagi memajukan industri perumahan di negeri ini.

Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (Sheda) Datuk Sim Kiang Chiok berpendapat, bagi menjayakan dasar perumahan awam, isu tempat setinggan perlu diminimumkan, perumahan perlu dimajukan untuk populasi yang semakin meningkat dan aspek mobiliti penduduk seperti dari luar bandar ke kawasan bandar perlu ditekankan.

“Dalam usaha bersama kedua-dua kerajaan ini, kita dapat melihat agensi persekutuan seperti JPN, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), PR1MA membina rumah mampu milik di seluruh Sarawak dan agensi dari Sarawak seperti Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Perbadanan Perumahan Borneo (BDC) membina rumah mampu milik untuk golongan B40 dan M40.

“Terdapat juga bantuan kewangan melalui bank komersial yang menawarkan pinjaman faedah rendah untuk rumah mampu milik untuk golongan B40 dan bank kewangan Sarawak seperti Perumahan Borneo dan Mutiara Mortgage and Credit,” katanya.

Dalam perancangan, ujarnya lagi, Kerajaan Sarawak membenarkan kepadatan yang lebih tinggi untuk rumah mampu milik dibina oleh agensi swasta dan kerajaan.

“Kerajaan Sarawak juga memerlukan pembangunan lebih besar seperti 10 ekar dan ke atas untuk membina rumah mampu milik seperti Spektra Lite dan Medium bagi membantu golongan B40 dan M40 memiliki rumah.

“Rumah PR1MA dan Sri Pertiwi kebanyakannya untuk M40 dan beberapa skim mereka telah siap dan ada yang dalam pembinaan.

“Geran pemilik rumah sehingga RM10,000 Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) dinyatakan Kerajaan Sarawak sejak tahun lepas untuk membantu pembeli rumah kali pertama membayar deposit melalui Mutiara Mortgage dan Kredit,” jelasnya lagi.

Skim sewa tiga tahun untuk RM200 sebulan bagi golongan B40 juga ditawarkan oleh Kerajaan Sarawak untuk membantu golongan berpendapatan rendah B40 yang mungkin terpaksa berpindah ke bandar lain untuk mencari pekerjaan dan membantu keluarga muda menyewa penginapan.

Tambahnya, Kerajaan Sarawak juga mengambil berat keperluan perumahan kerana dianggap sebagai keperluan penting bagi setiap manusia untuk mempunyai tempat tinggal serta memahami bahawa populasi semakin meningkat, migrasi luar bandar ke bandar mewujudkan permintaan untuk perumahan di kawasan bandar.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang