ARTIKEL

Rumput seri pagi makanan terbaik haiwan ternakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NAMA saintifik bagi rumput seri pagi ialah Asystasia Gangetica L. dan berasal dari famili Acanthaceae.

Ia juga dikenali dengan nama ara songsang, Chinese violet, ganges primrose, creeping foxglove, coromandel dan false snapdragon, banyak ditemui di tepi jalan dan pinggir belukar.

Malah, ia juga dinamakan rumput Israel kerana cepat menguasai sesuatu kawasan.

Rumput seri pagi membiak melalui biji benih dan juga ruas batang yang boleh mengeluarkan akar. Biji benihnya mudah tersebar melalui tiupan angin.

Rumput ini hidup subur sama ada di kawasan lapang mahupun kawasan terlindung.

Daunnya berwarna hijau muda, berbentuk bujur tetapi meruncing di bahagian hujungnya. Ia boleh tumbuh sehingga 18 ke 20 inci tinggi dan boleh menjangkau sehingga tiga kaki.

Bunganya pula dihiasi pelbagai warna seperti putih, krim, kuning serta ungu muda dan mengeluarkan bau yang harum terutama pada waktu senja.

Pada masa yang sama, lebah, rama-rama dan burung bunga madu amat menggemari bunga rumput ini.

Rumput seri pagi kaya protein, vitamin E dan bersifat antioksidan.

Dari segi perubatan, ia dapat merawat masalah penyakit lelah, semput atau asma, melawaskan kencing serta kejang otot.

Daunnya yang dilumatkan terlebih dahulu boleh digunakan untuk merawat luka dan bengkak serta gigitan serangga.

Akar pokok ara songsang jika dimakan bersama-sama pinang dikatakan berkesan untuk merawat batuk.

Selain itu, daunnya yang kaya protein juga dijadikan makanan kepada haiwan ternakan seperti lembu, kambing dan arnab.

LAIN-LAIN BERITA

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,

Persediaan Ramadan

BERTEMAKAN I am the best Muslim, anak-anak penduduk di Taman Sri Makmur mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Wanita Ikram Kuching, Sabtu lalu. Program ini merupakan

Cantik, serba boleh

Kemuncak acara menyaksikan Jesseca Long dari Singapura dinobatkan sebagai Miss Global Asian 2024 oleh Miss Global Asian 2023, Gliyam Cundangan dari Filipina. Manakala, Dyan Shane

Pesona Jelitawan Asia

SEBAGAI landasan memperkasa wanita Asia dari seluruh dunia, Tiara Management dan Leading Management komited menganjurkan pertandingan Ratu Cantik Global Asian di Hyatt Place Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil